Buku

Kasut Ballerina Putih

oleh Syima Syawal

RM 17.00 / RM 19.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-401-068-3

Muka Surat: 272

Saiz:

Tarikh Terbit: 18 Jan 2012

Kata Insyirah, ” Tidak mahu. Saya tidak mahu menjadi jururawat! Siapa yang pandai-pandai membuat permohonan untuk saya memasuki kolej kejururawatan itu? Saya tidak mahu. Titik!

(‘Saya tidak mahu memakai kasut ballerina putih itu seumur hidup. Bosan!’)

 

Kata Puan Aminah, ” Kamu perlu menjadi jururawat. Kerjaya itu sesuai untuk kamu. Setidak-tidaknya, kamu akan kelihatan lebih feminin.

Tidaklah berkelakuan kasar seperti remaja lelaki begini.”

(‘Kamu tiada pilihan. Kamu perlu sambung cita-cita emak yang tidak kesampaian itu.’)

 

Insyirah tidak pernah bercita-cita menjadi jururawat. Dia hanya mahu menjadi penternak moden, dan aktif berpersatuan di kampungnya.

Dia tidak pernah terfikir berprofesion yang berpakaian kemas. Apatah lagi, berkasut ballerina putih. 

Itu sangat keperempuanan!

 

Namun, dia tidak sanggup menghampakan ibunya.

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024