Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS
Sabah/Sarawak: RM 12ISBN-13: 9789670411798
Tarikh Terbit: 26 Feb 2016
Jumlah Muka Surat: 128
Belum Terbit
Scha Aluya, graduan dari universiti di korea terlalu banggakan kimchi. Hatinya remuk redam apabila mendapat tahu kakak iparnya terbuang kimchi kesukaan. Bermula dari situ, dia mula membuat kimchi sendiri dan masak makanan berdasarkan kimchi.
Nazmi Uthman, graduan kulinari universiti tempatan. Dek minat dan kegemarannya makan sambal ikan bilis di kantin Sekolah Sri Bangsar, dia sanggup kembali ke sekolah itu bagi menuntut ilmu dengan pemilik kantin, Mak Cik Sharepah.
Awalnya, Scha Aluya dan Nazmi Uthman suka sama suka hingga menyamakan diri mereka dengan Taeyeon, Girls Generation dan Baekhyun, EXO! Malah, citarasa muzik K-Pop mereka juga seia sekata.
Namun, rupa-rupanya mereka ternyata berbeza. Selera makan mereka terangan-angan tidak sama! Mereka berdua dilaga-lagakan hingga mmporak-perandakan kantin kesayangan Mak Cik Sharepah. Malahberperang besar hingga mengadakan pertandingan memasak kimchi lawan sambal! Mana satu hidangan yang akan disukai warga Sri Bangsar?
Adakah mereka berdua dapat kembali berdamai? Ketahui kisahnya dalam Miss Kimchi lawan Raja Sambal. Pastikan perut anda kenyang sebelum membaca novel ini ya!
-
Miss KPOP Lawan Che Mek Molek, pertama kali membaca judulnya, kita sudah tahu penulis cuba membawa... Selanjutnya»
Siri novel LAWAN kali ini membawakan Miss Kimchi Lawan Raja Sambal buat pembaca setia BLINK.... Selanjutnya»