Buku

Pikat Remaja dengan Kata-Kata

oleh Hilmi Isa

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0142-61-6

Muka Surat: 168

Saiz:

Tarikh Terbit: 5 Jan 2012

Kategori: Bantu Diri

“Ini akibatnya asyik dileteri. Semua benda sudah tidak mendatangkan kesan.”

“Pelbagai kaedah sudah digunakan, tetapi dia masih tidak berubah.”

“Apa lagi yang perlu kita lakukan? Saya sudah buntu.”

 

Semakin banyak isu melibatkan remaja, semakin keliru mahu menanganinya. Tindakan remaja ternyata sukar ditebak. Daripada isu semudah ’ susah mahu bangun tidur’ sehingga kepada isu berat seperti isu akhlak dan sosial, ternyata ini adalah cabaran hebat untuk masyarakat.

 

Buku ini mengupas dari pelbagai perspektif, cara, dan teknik mendekati remaja. Bersandarkan al-Quran, hadis, dan kajian psikologi, buku ini mampu menawarkan sudut pandang yang luas.

 

Melalui buku ini, pembaca memperoleh:

  • Teknik menyampaikan motivasi gaya Rasulullah
  • Menyampaikan nasihat cara Luqman al-Hakim
  • Falsafah kepimpinan yang diterapkan melalui solat
  • Perbezaan antara sifat tegas dan garang
  • Teknik-teknik komunikasi berpengaruh berdasarkan personaliti remaja
  • Kaedah berkesan memuji para remaja
  • Tip-tip luar biasa dalam mendidik remaja era moden
  • Rahsia memikat remaja supaya menjadi lebih rapat dengan mereka

Pikat Remaja dengan Kata-Kata adalah bingkisan istimewa untuk ibu bapa dan para pendidik. Buku ini pasti menyuntik semangat, memberi ilham, dan manfaat yang luar biasa hebat, dalam mencorakkan generasi pada masa hadapan.

Pendahuluan

BAB 1: Perhubungan Manusia:Cara Menjadi Manusia yang
Dicintai oleh Manusia Lain

Belajar Memimpin daripada Rasulullah
Belajar Memimpin daripada Solat
Pandangan Manusia adalah Seni
Sekiranya Kita Terluka, Kita Akan…
Manusia Perlu Dipercayai
Langkah-Langkah Mengukuhkan Institusi Kekeluargaan

BAB 2: Teknik-Teknik Komunikasi Berpengaruh

Apakah yang Remaja Perlu Rasakan?
Kaedah bagi Membuatkan Orang Lain Suka Bercakap dengan Kita
Mengapakah Kita Tidak Mahu Mendengar?
Sekiranya Kita Tidak Mahu Mendengar Apa yang Mulut Manusia Mahu Ucapkan, Hati Mereka akan Menangis
Kaedah Menjadi Pendengar yang Disayangi
Kaedah Pujian yang Disukai oleh Remaja
Personaliti-Personaliti Manusia

BAB 3: Kaedah-Kaedah Pendidikan daripada al-Quran dan Hadis

Pesanan Luqman kepada Anaknya
Nasihat-Nasihat Luqman dalam al-Quran
Kandungan Pesanan Luqman
Kesimpulan
Kaedah Mengajar Ilmu Akidah kepada Anak-Anak
Teknik Menanam Sikap pada Diri Anak-Anak
Panduan Al-Quran dan Hadis dalam Memberikan Motivasi
Teknik Rasulullah Menyampaikan Nasihat

BAB 4: Teknik-Teknik Bijak Mendidik Remaja pada Zaman Moden

Empat Gaya Pendidikan Anak-Anak
Apakah Perbezaan antara Tegas dan Garang?
Kaedah Menanam Kepercayaan Diri yang Tinggi dalam Diri Remaja
Kaedah Mencegah Remaja daripada Terjebak dengan Perbuatan Zina
Kuasa-Kuasa yang Kita Miliki
Strategi Menghadapi dan Menangani Konflik dengan Remaja

Kesimpulan
Biodata Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024