Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf
oleh Aizuddinur Hj Zakaria


Versi Cetak

RM 25

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 28
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat: 376

ISBN-13: 978-967-369-131-9

Tarikh Terbit: 13 Dec 2011

PTS Publishing House


Versi eBook

RM 17.90


“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.” Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman. - Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta. - Erti Hidup Pada Memberi Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya. - Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham. - Bisnes Diberkati Allah Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab, “Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.” Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

Memimpin Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf

Resume Abdul Rahman bin Auf

Bahagian 1: Nilai

  • Hari Pertama - Memiliki Paradigma Kaya

  • Hari ke-2 - Meneroka “Jalan Sutera”

  • Hari ke-3 - Mengakses Maklumat yang Benar

  • Hari ke-4 - Berdiri Atas Kaki Sendiri

  • Hari ke-5 - Mencintai Rasulullah

Bahagian 2: Proses

  • Hari ke-6 - Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”

  • Hari ke-7 - Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan

  • Hari ke-8 - Hijrah Memantapkan Bisnes

  • Hari ke-9 - Menjadi Hebat dengan Sabar

  • Hari ke-10 - Syukur dengan Kedua Tangan

Bahagian 3: Strategi

  • Hari ke-11 - Zuhud Bisnes

  • Hari ke-12 - Transformasi Nama dan Jenama

  • Hari ke-13 - Tradisional Murabahah

  • Hari ke-14 - Multi Tasking Anugerah Tuhan

  • Hari ke-15 - Sinergi Haji dan Umrah

Bahagian 4: Quwwah

  • Hari ke-16 - Kayakan Waris

  • Hari ke-17 - Bisnes dengan Bukan Muslim

  • Hari ke-18 - Dekati Masjid

  • Hari ke-19 - Berdoa untuk Orang Lain

  • Hari ke-20 - Aku Nikah dengan Satu Dinar

Bahagian 5: Matlamat

  • Hari ke-21 - Bisnes Patuh Syariah

  • Hari ke-22 - Menjadi Saudagar Tuhan

  • Hari ke-23 - Bina Lingkungan Muakha

  • Hari ke-24 - Integriti dan Karismatik

  • Hari ke-25 - Refleksi Diri

Bonus Tambahan Untuk 5 Hari

  • Panduan Bisnes Sepanjang Zaman

  • FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf

  • Lapan Amalan Takwa

Buku Berkaitan

Berita

Siapa Uighur? Kerajaan China Menangkap Berjuta Minoriti Muslim- Ini Apa yang anda perlu tahu

Di rantau Xinjiang barat daya China, satu kawasan dengan kerusuhan yang panjang antara kaum minoriti... Selanjutnya»


Errata