Buku

Sembuhkan Virus-virus Bisnes

oleh Md. Ali Berahim

RM 16.50 / RM 18.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5226-62-5

Muka Surat: 160

Saiz: 9x6x0.3

Tarikh Terbit: 1 Dec 2009

Ada pelbagai jenis masalah yang hadir sepanjang kita melakukan bisnes. Namun, ada satu jenis masalah yang dilihat biasa-biasa, tetapi berbahaya. Ia digelar Virus Bisnes, boleh merebak dengan perlahan dan dalam diam mengangkut masalah-masalah lain. Akibatnya, bisnes semakin tenat. Hingga ke satu peringkat, seluruh empayar menjadi lumpuh.

Mujur kami ada penawarnya. Sembuhkan Virus-virus Bisnes, sebuah koleksi 13 teknik terbaik yang WAJIB dicuba oleh usahawan, tidak kira untuk bisnes yang besar, mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Terperinci, bermula dari mengenal pasti, menganalisis hingga menyelesaikan satu-persatu masalah sepanjang berbisnes.

Md. Ali Berahim, namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan usahawan MARA. Sudah ramai usahawan yang berpotensi besar lahir hasil didikan beliau ketika bertugas sebagai pakar runding MARA berkaitan teknik penyelesaian masalah bisnes.

Pengalaman beliau yang lalu sebagai Pegawai Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan sebagai Pengurus Cawangan salah satu bank terbesar di Malaysia selama 28 tahun, memantapkan buku ini. Kenali beliau, dengan mengenali pemikirannya.

Daripada Pengarang

Bahagian 1 : Serba Ringkas Mengenai Perniagaan

Bab 1 Jenis-jenis Perniagaan

Bab 2 Pertumbuhan Perniagaan

Bab 3 Siapakah PKS?

 

Bahagian 2 : Masalah-masalah Perniagaan PKS

Bab 4 Masalah-masalah Umum

Bab 5 Masalah-masalah Khas

Bab 6 Cara-cara Mendapatkan Idea-idea dan Maklumat-maklumat mengenai Masalah-masalah Khas;-

6.1 Pemerahan Otak

6.2 Pertanyaan “Lepas itu?”

6.3 Pertanyaan “Kenapa?”

 

Bahagian 3 : Menganalisis Masalah-masalah Khas

Bab 7 Analisis Rajah Tulang Ikan

Bab 8 Analisis Risiko-risiko Perniagaan dan Pengurusan

Bab 9 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman

Bab 10 Analisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi

Bab 11 Analisis Campuran Pemasaran

Bab 12 Analisis Teras Kecekapan

Bab 13 Analisis Anjuran Jualan Unik

Bab 14 Analisis 5 Kuasa Pasaran

Bab 15 Analisis Faktor-faktor Kejayaan Kritikal

Bab 16 Analisis 7 Faktor Dalaman

Bab 17 Analisis Hubugan PeganganPasaran Dengan Pertumbuhan Pasaran.

Bab 18 Analisis Hubungan Barangan Dengan Pasaran

Bab 19 Analisis Apa Yang Dulunya Baik

Bab 20 Kesimpulan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024