Buku

Smart Heart

oleh Rusdin S. Rauf

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5564-91-8

Muka Surat: 144

Saiz:

Tarikh Terbit: 4 Mar 2011

Kita benar-benar yakin yang hati adalah pusat segala aktiviti seharian kita. Hati yang mengendalikan segala tingkah-laku otak. Otak bekerja mengirimkan mesej tetapi dalam hatilah mesej itu diolah. Ketika hati insan jernih, hati itu mampu menterjemah mesej dengan jelas, terang-benderang dan positif. Namun apabila hati gelap-gelita, proses terjemahan menjadi keruh, emosional dan merosakkan. Tidak hairanlah orang yang hatinya kotor dan mengidap pelbagai penyakit hati, tindak-tanduknya cenderung meresahkan orang bahkan membahayakan dirinya sendiri. Maka, satu-satunya usaha meningkatkan kualiti hidup, fikiran dan emosi manusia, perlu bermula daripada hati. Usaha mengekalkan hati yang bersih dan membersihkan hati yang kotor. Daripada hati yang suci ini, lahir insan baru yang cerdas fikirannya, baik prasangkanya dan positif pula perbuatannya. Buku Smart Heart ini mengadunkan sumber agama dan penelitian psikologi dalam bidang multiple intelligences dengan cara yang bukan sahaja menyentuh jiwa, malah mengetuk minda. Smart Heart menunjukkan yang jiwa, minda malahan fizikal dikawal hati. Apabila hati itu keras, dia tuan, kita hamba. Apabila dia lembut, kita menjadi tuan dan dia pula pembantunya. Smart Heart berbicara perihal melembutkan hati. Bukan satu, tetapi tujuh cara yang didedahkan di dalam buku ini: * Melembutkan hati secara cerdas emosi * Melembutkan hati secara cerdas spiritual * Melembutkan hati secara cerdas sosial * Melembutkan hati secara cerdas linguistik * Melembutkan hati secara cerdas fizikal * Melembutkan hati secara cerdas muzikal * Melembutkan hati secara cerdas visual * Melembutkan hati secara cerdas logik-matematik Apabila hati berjaya dilembutkan, bermulalah titik-tolak meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020