Travelog Haji Muslimah; Rindu Menggamit ke Pintu Syurga
oleh Sabariah Md Udin


Versi Cetak

RM25.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 28.00
Format: Paperback
Saiz:

ISBN-13: 978-967-366-125-1

Tarikh Terbit: 11 Jun 2012

Jumlah Muka Surat: 552


Versi eBook

Belum Terbit



"Ada surat daripada Tabung Haji," kedengaran suamiku yang baru pulang daripada mengajar.

"Bukalah cepat, entah-entah panggilan ke Makkah," aku yang ketika itu sedang memasak, menyahut dari dapur.

"Alhamdulillah, kita dapat," nyata suamiku selepas membuka dan membaca surat itu.

Aku senyum sendiri. Aku sudah faham maksud suamiku walaupun aku belum melihat kandungan surat itu. Surat yang kami tunggu-tunggu selama ini. 

 

Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandang wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran,  kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. Wanita juga memiliki kelebihan dalam jihad, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).

Bab 1 : Jemputan Allah Ke Tanah Suci

Bab 2 : Pembuka Jalan Ke Baitullah

Bab 3 : Sebaik Bekalan Adalah Taqwa

Bab 4 : Lambaian Kaabah Semakin Jelas

Bab 5: Niat Dan Berihram

Bab 6 : Talbiah, Makna Yang Tersirat

Bab 7 : Tawaf

Bab 8: Siti Hajar, Sai Dan Zamzam

Bab 9 : Sejarah Kaabah

Bab 10 : Haji: Simbol Perpaduan Dan Kerjasama

Bab 11 : Haji Mabrur, Haji Yang Diterima

Bab 12 : Rahsia Ikhlas

Bab 13 : Hati Yang Cacat

Bab 14 : Lemahnya Insan

Bab 15 : Padang Arafah Padang Mahsyar

Bab 16 : Sukarnya Memijak Bumi Muzdalifah

Bab 17 : Terik Mentari Membawa Ke Mina\

Bab 18 : Sejarah Melontar Dan Perintah Korban

Bab 19 : Melontar Tiga Jamrah

Bab 20 : Menyingkap Kenangan

Bab 21: Ulang Alik Ke Masjidil Haram

Bab 22 : Mengerjakan Umrah Wajib

Bab 23: Mata Dan Lidah Hajarul Aswad

Bab 24: Nikmat Dunia Dan Akhirat

Bab 25: Mengapa Perlu Bayar Dam?

Bab 26: Menjelajah Mencari Ilmu

Bab 27 : Pesanan Doa

Bab 28 : Madinah Seindah Nama

Bab 29 : Madinah Tetap Kota Yang Baik

Bab 30 : Nabi Terakhir Diutus Allah

Bab 31: Ingin Bertemu Allah Taala

Bab 32 : Cinta Sahabat

Bab 33: Syafaat Nabi

Bab 34 : Aku Demam

Bab 36 : Hasad Dengki Yang Diredhai

Ibab 37 : Penyempurnaan Haji

Bab 38 : Menuju Akhirat Yang Abadi

Bab 39 : Rindu Menggamit Ke Pintu Syurga

Buku Berkaitan


Berita

Mencari Keredhaan dan Keampunan Allah: Menggapai Husnul Khatimah
ditulis oleh Dr Sakinah Salleh

Buku Menggapai Husnul Khatimah karya Dr Muhammad Widus Sempo ini diterbitkan oleh PTS Publishing... Selanjutnya»


Errata