Ustazah Sentap #CintaTillJannah
oleh Ain Maisarah, Nana Syazana


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-34-7

Tarikh Terbit: 14 Apr 2018

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Kepada : Bakal Imamku.Kini aku remaja. Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa, terbit satu pertanyaan… “Aku ini tulang rusuk kiri siapa? Bagaimana rupanya? Tinggi ataupun rendah? Kurus atau gempal? Cerah ataupun gelap? Tampan ataupun jelek? Puas dibayangkan… impikan jejaka budiman, persis seorang pahlawan. Tetapi yang lebih penting… si dia mestilah orang beriman. Semoga ke temu… kalau tidak di dunia, di syurga hendaknya.

Bluwek! Urgh! Yuck! Hampir semua yang membaca FB Ustazah Sentap terasa mahu muntah darah. Buat pertama kali, statusnya tidak sentap memperingatkan tentang iman dan Islam. Kali ini luahan rasa mahu bercinta, tergedik-gedik semacam!

Segalanya bermula apabila Bahiyah menghadiri majlis perkahwinan campur antara kaum. Perasaan mula berbunga melihat ‘cinta halal’ raja sehari. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia mahu rasa disayangi! Ya, Ustazah Sentap kini mahu mencari bakal imam, pemilik tulang rusuk kiri di SSB.

Berjayakah direalisasikan impiannya mahu bercinta secara patuh syariah? Wujudkah istilah couple Islamik yang sebenarnya? Mampukah Bahiyah benar-benar bercinta hingga ke syurga? Ustazah Sentap #CintaTillJannah ada jawapannya!