Who Moved My Cheese? - Edisi Bahasa Melayu
oleh Dr. Spencer Johnson


Versi Cetak

RM 29.9

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 32.9
Format:
Saiz: 5 x 7.5 x 3

Jumlah Muka Surat: 80

ISBN-13: 978-967-369-197-5

Tarikh Terbit: 11 Mar 2013

PTS Publishing House


Versi eBook

Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:

- Menjangkakan perubahan

- Beradaptasi dengan perubahan secepatnya

- Menikmati perubahan

- Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.

  • Fenomena Who Moved My Cheese?
  • Bahagian dalam Diri Kita
  • Kisah di Sebalik Tabir
  • Majlis Perjumpaan di Chicago
  • Sebuah Cerita: Siapa yang Mengalihkan Keju Saya?
  • Perbincangan Pada Hari yang Sama

Buku Berkaitan

Berita

Cara Berkesan Menyiasat Perubahan Hidup dengan Who Moved My Cheese

Buku “Who Moved My Cheese?” ini merupakan sebuah buku motivasi diri yang mana ditulis dalam... Selanjutnya»

Mulakan Perubahan Positif: Who Moved My Cheese

Perubahan tidak dapat ditahan. Apabila terpaksa berubah, kita menjadi mangsa. Apabila kita pilih untuk berubah,... Selanjutnya»

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu)

Karya hebat oleh Dr. Spencer Johnson iaitu Who Moved My Cheese? bakal menemui peminat dalam... Selanjutnya»

Februari 2018, Bookcafe.com.my Lancar Diskaun Menjadi-Jadi Selama 8 Hari Sahaja

Pada hari ini, Bookcafe.com.my melancarkan diskaun Menjadi-jadi di website mereka selama 8 hari sahaja. Bermula... Selanjutnya»


Errata