Ebook

Eat That Frog

oleh Brian Tracy

RM 20.00
Versi eBook

E-ISBN: 978-967-369-229-3

Tarikh Terbit: 15 Aug 2014

“Kita tidak dapat mengajar apa-apa pun kepada orang lain. Kita hanya dapat membantunya menemui perkara itu dalam dirinya.” - Galileo Gallilei

Satu rahsia kejayaan yang mudah adalah memberi fokus kepada satu kerja yang terpenting sahaja pada satu-satu masa. Lakukannya dengan betul dan siapkannya dengan sempurna. Itulah rahsia kepada kejayaan, pencapaian, dan kebahagiaan yang tertinggi dalam hidup kita. Memahami rahsia yang mudah ini adalah inti pati utama buku ini.

Buku ini ditulis bagi memberitahu kita cara mencapai lebih banyak kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kita. Pada masa yang sama, kita dapat memperkayakan kehidupan peribadi kita dengan perkara yang hebat. Buku ini mengandungi 21 prinsip yang paling berkuasa dan berkesan bagi menggandakan kejayaan dalam hidup kita.

Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. “Eat That Frog” adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

“Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu.” - Mark Twain - 

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan ‘makan katak’ sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk ‘makan katak’ dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024