Fonetik & Fonologi
oleh Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar


Versi eBook

RM21.00

e-ISBN:
Tarikh Terbit:
4 Sep 2012
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Akademia, Siri Linguistik, EDUCATION / Bilingual Education, EDUCATION / Reference
Penerbit:
PTS Akademia

Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik, dan pelu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.

Fonetik dan Fonologi Edisi Kedua ini menyajikan deskripsi dan perbincangan saintifik tentang sistem bunyi bahasa Melayu. Pembaikan ditambah pada aspek prosodi, intonasi, analisis spektografi, dan pendeskripsian bunyi-bunyi bahasa. Buku ini meneliti korpus bahasa Melayu bagi melihat aspek-aspek yang belum dikaji melalui fonetik eksperimental seperti intonasi, kesantunan, dan analisis spektografi. Ia memperkenalkan kajian fonetik eksperimental kepada para pelajar dan pensyarah fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Antara perkara yang disampaikan dalam buku ini adalah dapatan eksperimen mengenai intonasi ayat dasar, segmentasi unit maklumat, makna emosi, serta hubungan maknanya dan dapatan analisis spektografi bagi bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu buku ini mesti dimiliki oleh pelajar dan pensyarah bidang linguistik Melayu.

Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid adalah Timbalan Pengarah Ijazah Tinggi di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau adalah tenaga pengajar bidang Semantik Bahasa Melayu, Komunikasi, INtonasi Bahasa Melayu, dan Analisis Tuturan Bahasa Melayu. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau adalah Semantik, Pragmatik, Fonetik Akustik dan Prosodi (dan Intonasi). Beliau juga menulis buku, bab dalam buku dan artikel dalam jurnal bahasa.

Dr. Mardian Shah Omar adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Universiti Tenaga Nasional. Bidang kepakaran beliau adalah penyelaras Program Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Beliau sudah menghasilkan tiga buah buku, dan bab buku dan juga artikel dalam jurnal bahasa.

Bab 1: Kandungan
Bab 2: Prakata
1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik?
Bab 1: Pengenalan Fonetik dan Fonologi
1.2 Perbezaan Fonetik dengan Fonologi
1.3 Bidang-bidang Fonetik
1.4 Ringkasan
2.1 Pengenalan
2.2 Fonetik Akustik di Malaysia
Bab 2: Kajian Fonetik Akustik
2.3 Fonetik Akustik di Indonesia
2.4 Pengajaran Fonetik di Indonesia dan Malaysia
2.5 Ringkasan
3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi
3.2 Alat-alat Bahagian dalam Tubuh
Bab 3: Alat Artikulasi
3.3 Alat-alat Artikulasi
3.4. Daerah Artikulasi
3.5 Pelabelan Bunyi Bahasa
4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa
4.2 Bunyi Vokal
Bab 4: Bunyi Bahasa
4.3 Bunyi Diftong
4.4 Bunyi Konsonan
4.5 Carta Konsonan Melayu
4.6 Ringkasan
5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental
Bab 5: Fonetik Eksperimental
5.2 Fonetik Eksperimental
5.3 Prosedur Kajian Eksperimental
5.4 Ringkasan
6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi
Bab 6: Fonetik Akustik
6.2 Fonetik Akustik
6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal
6.4 Alatan Menganalisis Input Akustik
6.5 Alat Menganalisis Output
6.6 Ringkasan
7.1 Pengenalan
7.2 Bunyi-bunyi Periodik dan Aperiodik
Bab 7: Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan
7.3 Vokal dan Konsonan Menurut Artikulasi
7.4 Spektrografi dan Spektrogram
7.5 Ringkasan
8.1 Definisi Prosodi
Bab 8: Prosodi
8.2 Peranan Intonasi
8.3 Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu
8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran
8.5 Kaedah Pengajaran
8.6 Intonasi dan Kesantunan
8.7 Langkah Susulan
8.8 Ringkasan
9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif
9.2 Fitur Distingtif
Bab 9: Analisis Fitur Distingtif
9.3 Bunyi-bunyi dan Fiturnya
9.4 Fitur Distingtif yang Perlu
9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor
9.6 Ringkasan
10.1 Fonem Bahasa Melayu
10.2 Fonem Vokal
Bab 10: Fonem Vokal dan Konsonan Melayu
10.3 Fonem Konsonan
10.4 Konsonan Pinjaman
10.5 Ejaan Rumi Baharu
10.6 Ringkasan
Bab 11: Bibliografi
Bab 1: Indeks
Prakata

Prakata xi

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik? (m/s 1)

1.2 Kajian Fonetik (m/s 4)

1.3 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonologi (m/s 13)

1.4 Ringkasan (m/s 16)

1.5 Latihan (m/s 20)

Kajian Fonetik dan Fonologi

2.1 Perkembangan Kajian Fonetik dan Fonologi (m/s 25)

2.2 Kajian Fonetik dan Fonologi di Malaysia (m/s 26)

2.3 Kajian Fonetik Akustik di Indonesia (m/s 33)

2.4 Kajian Fonetik Akustik di Malaysia (m/s 39)

2.5 Ringkasan (m/s 41)

2.6 Latihan (m/s 42)

Alat Artikulasi

3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi (m/s 45)

3.2 Alat-Alat Bahagian dalam Tubuh (m/s 48) 

3.3 Bahagian Saluran Vokal (m/s 49) 

3.4 Bahagian Saluran Vokal Tanpa Fungsi Bahasa (m/s 52) 

3.5 Alat Artikulasi (m/s 52) 

3.6 Pelabelan Bunyi Bahasa (m/s 55) 

3.7 Ringkasan (m/s 57) 

3. 8 Latihan (m/s 58) 

Bunyi Bahasa 

4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa (m/s 63) 

4.2 Bunyi Vokal (m/s 64) 

4.3 Bunyi Diftong (m/s 77) 

4.4 Penyempitan Aliran Udara (m/s 79) 

4.5 Jenis Penyempitan (m/s 80) 

4.6 Bunyi Konsonan (m/s 83) 

4.7 Bunyi Konsonan Kompleks (m/s 103) 

4.8 Bunyi Konsonan Non-Pulmonik (m/s 105) 

4.9 Carta Konsonan Melayu (m/s 106) 

4.10 Ringkasan (m/s 107) 

4.11 Latihan (m/s 107) 

Fonetik Eksperimental 

5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental (m/s 111) 

5.2 Fonetik Eksperimental (m/s 114) 

5.3 Prosedur Kajian Eksperimental (m/s 117)

5.4 Perbandingan Kaedah Kajian Fonetik Impresionistik dengan Eksperimental (m/s 126) 

5.5 Ringkasan (m/s 128) 

5.6 Latihan 129 

 

Fonetik Akustik 

6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi (m/s 133) 

6.2 Fonetik Akustik (m/s 138) 

6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal dalam Kajian Sains Pertuturan (m/s 148) 

6.4 Alatan untuk Menganalisis Input Akustik ataupun Fisiologi Ujaran (m/s 150) 

6.5 Alat Menganalisis Output yang Digunakan bagi Mengumpul Data dari Pelbagai Sumber (m/s 151) 

6.6 Aspek Jantina dan Umur dalam Kajian Fonetik Akustik (m/s 156) 

6.7 Jantina dan Umur sebagai Penanda Sosial (m/s 157) 

6.8 Ringkasan (m/s 165) 

6.9 Latihan (m/s 166) 

 

Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan 

7.1 Ciri-Ciri Bunyi (m/s 169) 

7.2 Hubungan Kajian Fonetik Dan Fonologi Dengan Sains Pertuturan (m/s 170) 

7.3 Bunyi-bunyi Periodik dan Aperiodik (m/s 171)

7.4 Perbezaan Vokal dan Konsonan Menurut Perspektif Artikulasi (m/s 173) 

7.5 Spektrografi dan Spektrogram (m/s 173)

7.6 Ringkasan (m/s 184) 

7.7 Latihan (m/s 186) 

 

Prosodi 

8.1 Definisi Prosodi (m/s 191) 

8.2 Peranan Intonasi (m/s 198) 

8.3 Kajian Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu (m/s 205)

8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran (m/s 209)

8.5 Kaedah Pengajaran (m/s 214)

8.6 Intonasi dan Kesantunan (m/s 216)

8.7 Intonasi dan Semantik (m/s 220)

8.8 Langkah Susulan (m/s 222)

8.9 Ringkasan (m/s 224)

8.10 Latihan (m/s 226)

 

Analisis Fitur Distingtif 

9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif (m/s 229)

9.2 Fitur Distingtif (m/s 230)

9.3 Bunyi-bunyi dan Fiturnya (m/s 232) 

9.4 Fitur Distingtif yang Perlu (m/s 239) 

9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor (m/s 241) 

9.6 Ringkasan (m/s 241)

9.7 Latihan (m/s 242)

 

Fonem Vokal dan Konsonan Melayu 

10.1 Fonem Bahasa Melayu (m/s 245) 

10.2 Fonem Vokal (m/s 246)

10.3 Fonem Konsonan (m/s 248)

10.4 Konsonan Pinjaman (m/s 253)

10.5 Ejaan Rumi Baharu (m/s 254)

10.6 Ringkasan (m/s 259)

10.7 Latihan (m/s 260)

Rujukan 263