Ghairah Dunia dalam Empat Baris
oleh Muhammad Haji Salleh


Versi eBook

RM24.50

e-ISBN:
978-967-0685-46-5
Tarikh Terbit:
26 May 2015
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Akademia, HISTORY / Civilization
Penerbit:
PTS Akademia

Dalam mencari puisi yang baik, pengarang menemui haiku, tanka dan renga; sonnet dan iambic pentameter. Saya teruja dengan bentuk seloka dalam Ramayana, selain klon dan Thailand. Namun yang paling indah, berahsia dan tidak pudar-pudar gemerlapnya melalui masa atau budaya, tidak lain dan tidak bukan ialah – dari bentuk Melayu-Nusantara: pantun. Dalam buku ini terdapat sebelas makalah tentang bentuk ini. Daripada definisi kepada keluwesan bentuk, daripada sejarah hinggalah jenakanya. Saya selalu berminat kepada unsur yang digelar sebagai ‘magische’ oleh Hoessein Djajaningrat. Istilah saya ialah ‘sihir’. Kerana sampai sekarang kita belum dapat menangkapnya, tapi sudah pasti selama tidak kurang dari seribu tahun sihirnya merasuki kita. Untuk berbuat demikian kita harus masuki lorong berfikir manusia Melayu-Nusantara, keakrabannya dengan alam dan juga permainan halus bahasanya.

 

Pendahuluan vii
1. Sebuah Pengenalan 1
2. Kurik Kundi, Merah Saga: Pantun Lisan Malaysia 12
3. Pantun Minangkabau Pada Akhir Kurun ke-19
(Kumpulan Ophuijsen) 27
4. Bila Terkenang Zaman Dahulu: Pantun
Pulau Pinang 47
5. Estetika Pantun Melayu 53
6. Perayaan Metafora 73
7. Mengutip Alam di Sumatera 102
8. Dalam Daun Ada Bicara: Falsafah Alam Pantun
Melayu 114
9. Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Pantun Sebagai
Bentuk Bersama 139
10. Cinta di Sepanjang Nusantara 158
11. Jenaka Seputar Gugusan, Pantun Selaut Nusantara 230
12. Pantun Penjinak Globalisasi 240
Kandungan
Ghairah Dunia dalam Empat Baris: Sihir Pantun dan Estetikanya
vi
13. Sarjana Perancis dan Pantun Melayu 262
Bibliografi 281
Indeks 289