Ebook

Landasan Maut

oleh Salleh De Ran

RM 20.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 978-967-408-217-8

Tarikh Terbit: 22 Dec 2014

Jun 1942, Mat Awang bersama empat rakan sekampungnya menjadi buruh paksa Jepun dan dihantar ke Kem Konyu, Siam untuk membina landasan keretapi maut. Mat Awang dan rakannya berusaha melarikan diri tetapi mendapat halangan.Setelah menakluki Malaya, tentera Imperial Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk Siam ke Thanbyuzayat Burma.


Mat Awang terpaksa meninggalkan isterinya yang sedang mengandung ke Kem Konyu. Pengalaman pahit, penderitaan dan seksaan yang dilalui Mat Awang, Dollah, Lajis, Wan Ngah, Che Din dan tahanan lain menyebabkan mereka mencari jalan untuk melarikan diri. Komanden Kem Yoshikichi Kasayama mengarahkan pemotongan Bukit Konyu dibuat untuk laluan keretapi. Komander Landasan Keretapi Leftenan Hiroshi Abe terpaksa akur dengan arahan Komanden Yoshikichi Kasayama walaupun mustahil pemotongan Bukit Konyu dapat dilakukan kerana batu pejal dan hanya menggunakan peralatan yang minima. Kerahan kerja siang dan malam dalam tempoh 12 minggu menyebabkan Mat Awang dan rakan-rakannya menderita.

s
Leftenan Hiroshi Abe simpati dengan tahanan tetapi Leftenan Siichi Okada terlalu kejam dan bengis malah mempunyai agenda untuk menghianati Leftenan Hiroshi Abe ketika kerja meletupkan Bukit Konyu dijalankan. Mat Awang bersama rakannya menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Hiroshi Abe dan berjaya mematahkan niat jahat Leftenan Siichi Okada itu.

1.Kubu Kotak di Pantai Sabak

2.Selagi British Memerintah Tidak Akan Mati Kebulur

3.Tentera Jepun Membadai Pantai Sabak

4.Ditangkap Tentera Jepun

5.Kem Tahanan Sementara

6.Penjara Dalam Gerabak Keretapi

7.Tiga Hari Tiga Malam

8.Kem Konyu

9.Bertemu Buku Dengan Ruas

10.Pemotongan Bukit Konyu

11.Membuka Pintu Neraka

12.Malam Yang kejam


13.Merancang Melarikan Diri

14.Terhukum Kerana Melarikan Diri
15.Terhukum Kerana Fitnah

16.Miang Buluh Pembuka Jalan

17.Kemuncak Tragedi Bukit Konyu

18.Selamat Tinggal Konyu

19.Kembali Ke Malaya

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024