Mengejar Tetamu di Waktu Senja
oleh A. Samad Said


Versi eBook

RM6.90

e-ISBN:
978-967-410-150-3
Tarikh Terbit:
26 Apr 2013
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Koleksi Sasterawan, Novel Remaja , FICTION / Fantasy / General, LITERARY COLLECTIONS / Asian / General
Penerbit:
PTS Litera Sdn Bhd

Cuti sekolah kembali lagi. Kali ini Abu cuma bercuti di kampungnya sahaja kerana neneknya selalu sakit-sakit dan ibunya juga meminta supaya dia menghabiskan masa cutinya di rumah. Rakan-rakannya yang lain bercadang mahu melihat dan belajar membuat rumah memandangkan ada sebuah taman perumahan baru sedang dibina di atas bukit berdekatan kampung mereka.

Mereka berkawan dengan beberapa pekerja membuat rumah, iaitu Abang Hussin dan Abang Latif yang pandai menyanyi dan melihat-lihat cara-cara membuat rumah. Abu yang suka menyiasat menyedari ada sebuah pondok yang dibina di lurah bukit itu. Pondok itu berisi tin-tin cat dan kadbod-kadbod seperti papan iklan, juga ada seorang pemuda berambut panjang yang kerjanya mengecat kadbod-kadbod itu. Pada lewat petang juga ada sebuah kereta Mercedes selalu mengunjungi pondok itu.

Apa hubungannya kereta mewah dengan pondok buruk itu? Ini masanya untuk Abu dan rakan-rakannya menyiasat!

Bab 1     Cuti di Tempat Sendiri
Bab 2     Belajar Membuat Rumah
Bab 3     Nasihat Cikgu Musa
Bab 4     Bendera Berjari Lima
Bab 5     Teringat Gitar Buruk
Bab 6     Dihalang Datang ke Pondok
Bab 7     Amaran Kali Kedua
Bab 8     Dua Motokar Ganjil
Bab 9     Rahsia Naik ke Bukit
Bab 10   Hujan Batalkan Rancangan
Bab 11   Menunggu Tetamu Datang
Bab 12   Lima Kawan Ketawa