Pengajaran Tatabahasa Melayu di IPG
oleh Amir Juhari, Noor Zila Md. Yusuf


Versi eBook

RM

e-ISBN:
Tarikh Terbit:
1 Oct 2012
Jumlah Muka Surat:
Kategori:
Akademia, EDUCATION / Learning Styles, PSYCHOLOGY / Education & Training
Penerbit:
PTS Akademia

Versi Cetak

Buku ini ditulis bagi melatih penggunaan bahasa yang betul daripada aspek tatabahasa bagi menjadi panduan para pelajar, guru, dan peserta kursus. Ia sekali gus dapat menambah pengetahuan tentang morfologi dan sintaksis dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), daripada pelajar Pra-Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan para peserta Kursus Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Khususnya buku ini dapat membantu para pelajar di IPG yang mengambil kursus Bahasa Melayu Akademik 1, Kursus Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110), kursus Morfologi Bahasa Melayu (BMM 3109) dan Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3117) dan untuk PISMP, PGSR dan PPG.

Amir bin Juhari ialah pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak. Beliau berkelulusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan Master Sastera (Bahasa Melayu) UPM.

Noor Zila binti Md. Yusuf ialah pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak. Beliau berkelulusan Bacelor Pendidikan (PBMP) dan Master Sastera (Bahasa Melayu) UPM.

Prakata

Bab 1 Tatabahasa dan Pengajaran

  • Pengenalan
  • Teori Pengajaran Tatabahasa

Bab 2 Morfologi

  • Pengenalan
  • Definisi Morfem dan Kata
  • Pengimbuhan
  • Proses Pembentukan Kata
  • Golongan Kata
  • Pengajaran Tatabahasa Melayu di IPG  

Bab 3 Sintaksis

  • Pengenalan
  • Frasa
  • Klausa
  • Ayat

Bab 4 Tatabahasa dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

  • Pengenalan (KBSR)
  • Contoh RPH Tatabahasa KBSR

Bab 5 Tatabahasa dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

  • Pengenalan (KSSR)
  • Contoh RPH Tatabahasa KSSR

Bab 6 Kesalahan Umum dalam Tatabahasa dan Ejaan

Bab 7 Peminjam Kata Inggeris

Bibliografi

Indeks