Ebook

Strategi Bisnes Manchester United

oleh Ashadi Zain

RM 16.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 978-967-369-176-0

Tarikh Terbit: 5 Apr 2012

Manchester United Football Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing.

Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United.

Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi:

- Penajaan untuk tingkatkan keuntungan.

- Ambil faedah dari harta intelek.

- Kerjasama dengan syarikat lain.

- Perdagangan dan pengurusan bakat.

- Merchandising dan penerbitan.

- Penerokaan pasaran baru, dan paling penting, cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita.

Sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja.

Ashadi Zain, adalah penyelidik dan pakar dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. Beliau juga adalah penulis prolifik yang sudah berjaya menghasilkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai genre, bukan fiksyen dan fiksyen. Antara buku hasil tulisan beliau adalah Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah, Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan, 66 Usahawan Malaysia, siri Adam Kecil dan banyak lagi.

Prakata

Pengenalan: Bola Sepak Sebagai Sejenis Perniagaan (landskap bola sepak England)

Kelab Manchester United dan Perkembangannya sebagai Jenama Besar

Strategi 1: Stadium Old Trafford Penjana Pendapatan dan Meningkatkan Imej Jenama Strategi

Strategi 2: Penajaan Meningkatkan Pendapatan dan Kreabiliti Jenama

Strategi 3: Menjana Pendapatan dan Menambah Baik Penjenamaan Melalui Penjualan Hak Penyiaran

Strategi 4: Menjalin Kerjasama Bagi Mengukuhkan Kedudukan Kewangan dan Proses Penjenamaan

Strategi 5: Penjanaan Pendapatan Melalui Perdagangan Bakat

Strategi 6: Merchandising dan Penerbitan

Strategi 7: Menjana Pendapatan dan Mengukuhkan Penjenamaan Melalui Bisnes Latihan

Strategi 8: Pemasaran, Penjenamaan dan Penerokaan Pasaran Baru

Strategi 9: Pengurusan Bakat Bagi Memastikan Prestasi Terus Cemerlang Cara Mengaplikasikan Strategi Manchester United Dalam Perniagaan Anda Kesimpulan Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024