Artikel

Berkorban Demi Kejayaan : Misi Straight A

oleh Nur Shabirah Yahya pada 28 Feb 2014

“Mengapa Tuhan ciptakan petir yang menakutkan?”

“Mengapa Tuhan ciptakan lalat dan lipas yang kotor lagi jijik?”

“Dan mengapa tuhan ciptakan penyakit?”

“Semua itu dicipta bagi memberi manfaat. Selagi kamu mampu bernafas di muka bumi ini hadapilah kesusahan sepertimana kamu hadapi kesenangan.”

Begitulah intipati kandungan buku MISI STRAIGHT A yang diketengahkan oleh penulis untuk tatapan pembacanya bahawa tiada perkara yang mustahil di dunia ini selagi kita cuba berusaha untuk mendapatkannya.

Komik MISI STRAIGHT A adalah antara salah satu hasil karya pekomik bestseller Afiq dan Nazry.

Keluaran barunya kali ini turut menggabungkan MISI 8A, MISI 10A dan MISI 10A plus dalam satu komik.

Komik ini banyak memberi pengajaran yang berguna terutama kepada khalayak sasarnya iaitu golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengejar kejayaan serta memajukan diri dalam kehidupan.

Semangat juang serta nilai setia kawan yang tinggi disebalik lawak jenaka mampu menarik minat pembacanya untuk meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir tanpa sedar.

Apa yang lebih menarik, komik ini turut memberi tip-tip rahsia belajar dan ulang kaji penulis yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Dapatkan segera komik eksklusif MISI STRAIGHT A untuk merasai sendiri kehebatan hasil penulisan karya duo adik beradik ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024