Artikel

Festival Buku Kanak-Kanak 2011 : Aktiviti Menarik Buat Seisi Keluarga

oleh Roziyah pada 27 Oct 2011

Nantikan kedatangan Festival Buku Kanak-Kanak 2011 yang akan memeriahkan cuti sekolah anak-anak.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung di Pesta Buku Kanak-Kanak 2011 yang julung-julung kali diadakan ini.

Anak-anak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuklah sesi bercerita dan pertandingan bercerita, demonstrasi origami, pameran buku, sesi bersama penulis, seminar kesusteraan kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.

Menariknya, PTS membawakan Puteri-Puteri PTS ke Festival buku ini bagi bertemu dengan peminat cilik. Puteri-Puteri PTS ini akan membawakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan kostum puteri tercantik, sesi bercerita dari flash card (buku puteri), Eksperimen Tim Best dan Jigsaw Puzzle. Temui puteri-puteri PTS di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur pada 29 Oktober ini jam 10 pagi.

Selain itu, penulis buku remaja kegemaran ramai, Puan Ain Maisarah akan bersama tuan dan puan pada 30 Oktober ini di bilik Melor dalam sesi ramah mesra dan tips bagi menghasilkan novel di Festival Buku Kanak-Kanak 2011 ini.

Antara aktiviti menarik lain yang disediakan termasuklah Pameran Buku Kelainan Upaya (IBBY), Galeri Guru Malaysia, Sesi Bercerita, Sesi Bercerita Group Kopi-Kopi dan Rentak Hijau, Pertandingan Bercerita, Forum Sastera Kanak-Kanak, Sesi bersama penulis Ain Maisarah dan banyak lag

Sertai PTS bermua 27 Oktober hingga 2 November ini dari jam 10 pagi sehingga 6 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Ramai-ramai memeriahkan festival buku kanak-kanak ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024