Artikel

Lawatan SMK Kepala Batas ke Kedai Buku PTS Meriah

oleh PTS pada 11 Jul 2017

Batu Caves, Selangor: Pada Jumaat lepas Kedai Buku PTS menerima kunjungan dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kepala Batas, Pulau Pinang.

Lawatan Sekolah Menangah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang ke Kedai Buku PTS pada Jumaat lalu meriah dengan keterujaan mereka untuk bertemu dengan para editor dan mengetahui selok belok proses penerbitan buku PTS.

Lawatan yang disertai oleh 40 orang pengawas perpustakaan bersama lima orang guru pengiring itu berlangsung selama dua jam. Lawatan tersebut diisi dengan pengenalan ringkas tentang PTS Media Group, diikuti dengan penerangan proses penerbitan buku dari awal hingga akhir dan pertandingan kuiz.

lawatan

Puan Rafiza Ab.Rahman, Pengurus Kedai Buku PTS memberitahu kepada media, beliau berharap semoga 40 orang pelajar pengawas perpustakaan yang hadir pada hari ini akan menjadi sebahagian daripada orang-orang penting dalam dunia penerbitan dan dapat meneruskan kejayaan-kejayaan baru dalam dunia penerbitan buku di Malaysia.

rafiza

Beliau yang mewakili Kedai Buku PTS dan PTS Media Group dengan gembira sempat menghadiahkan sekotak buku-buku PTS kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang. “Semoga minat membaca dapat dipupuk dan disemai kepada anak-anak sejak kecil lagi,” kata beliau.

Kedai Buku PTS boleh diikuti di Instagram atau di facebook untuk mengetahui lebih banyak promosi-promosi buku selepas ini.

ig kedai buku

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024