Artikel

Pemenang Ulasan Buku PTS Minggu Pertama

oleh Roziyah pada 06 Jul 2010

Pihak pengurusan PTS telah memilih pemenang bagi Peraduan Mengulas Buku PTS untuk minggu pertama.

 

Pemenang Kategori Novel Dewasa

Pemenang pertama : Siti Rahmah Mokharuddin untuk ulasan buku Takluk Jagat 1 - Bisikan Ariasha  (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua    : Amirul Hadi untuk ulasan buku Kembara Lang Surya - Pendeta Gua Khayalan   (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga    : Haziq Ruslan untuk ulasan buku Bidadari Paderi   (hadiah buku PTS bernilai RM30 )

 

Pemenang Kategori Novel Remaja dan Kanak-kanak

Pemenang Pertama : Hizamnuddin Awang untuk ulasan buku Sekolah Bakat (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang Kedua    : Nurhusna Mohd Fadzil untuk ulasan buku Usahawan Cilik - Manik Merah Jambu (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga    : Tiada

 

Pemenang Kategori Bukan Fiksyen


Pemenang pertama : Alizah Bt Rabu  (hadiah buku PTS bernilai RM50)
Pemenang kedua    : Welma la’anda (hadiah buku PTS bernilai RM40)
Pemenang ketiga    : Mohd Aliff bin Mohd Nor (hadiah buku PTS bernilai RM30)

 

Bagi Kategori komik tiada pemenang kerana tiada penyertaan buat masa ini.

 

Pihak PTS akan menghubungi pemenang melalui email. Setiap pemenang boleh memilih judul buku berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi.

Kos penghantaran hadiah akan ditanggung oleh pihak PTS. Hadiah mingguan akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu. Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

Sebelum ini, pihak PTS telah menerima banyak ulasan yang kurang daripada 100 patah perkataan. Untuk maklumat peserta pihak PTS tidak akan menerima ulasan kurang daripada 100 patah perkataan. 

Selain itu, PTS juga tidak akan menerima ulasan yang berbentuk sinopsis yang disalin terus daripada blurp di kulit belakang buku ataupun daripada bahagian pendahuluan buku. Peserta boleh memberikan ulasan, pendapat peribadi atau kritikan mengenai buku yang telah dipilih. 

PTS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024