Artikel

Penulis Fiksyen Adalah Tuhan Kecil - A. Fuadi

oleh Asri Yussof pada 06 Aug 2017

“Penulis fiksyen adalah tuhan kecil. Penulis boleh menulis cerita mengikut apa yang mereka mahukan. Dihidup dan dimatikan wataknya juga bisa.” - Kata A. Fuadi dalam dalam acara Ngobrol Novel Anak Rantau sempena Asean Literary Festival semalam di Kota Tua, Jakarta.

Ahmad Fuadi atau lebih dikenali dengan singkatan A. Fuadi sedang sibuk mempromosikan novel terbarunya, Anak Rantau yang baru sahaja sebulan diterbitkan oleh Falcon Publishing.

Beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiapkan novel Anak Rantau ini yang bermula dari hasil kajian, mengumpul maklumat, mula menulis hingga siap sepenuhnya.

a fuadi

Berbeza Anak Rantau dengan trilogi novel 5 Menara beliau sebelum ini, keseluruhan cerita adalah kisah rekaan, fiksyen. Sebelum ini, trilogi 5 Menara diambil dari kisah pengalaman peribadi beliau kemudian ditulis menjadi separa fiksyen. Tapi tidak untuk Anak Rantau.

Baca juga: Kisah Menarik A.Fuadi

Walaupun begitu, Ahmad Fuadi tetap mengabadikan kampung halamannya di Danau Maninjau di Padang, Sumatera Barat dan mengangkat budaya minangkabau di dalam novel terbarunya ini.

a fuadi

Dalam acara Ngobrol itu, beliau memberi pesan kepada mereka yang ada minat untuk menulis sepertinya disuruh untuk mulakan menulis dari sekarang. Jangan difikirkan boleh atau tidak untuk menulis dengan ayat yang puitis dan berbunga-bunga indah. Yang penting katanya, penulisan memerlukan kajian yang mendalam.

“Jika ada niat untuk menulis, teruskan menulis. Jangan ditunda. Gaya bahasa dan hal-hal lain yang kecil adalah perkara kedua yang harus difokuskan.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024