Artikel

Penulis Novel Remaja- Aman Wan dan Rashiela Nurain di Times Bookfair, Kota Kinabalu Disember Ini

oleh Asri Yussof pada 17 Nov 2017

KOTA KINABALU: Times Bookfair yang akan berlangsung bermula pada 30 November hingga 10 Disember nanti di Times Bookstore Suria Sabah, Kota Kinabalu akan menampilkan penulis novel remaja popular iaitu Aman Wan dan Rashiela Nurain.

Mereka berdua akan berada di Times Bookfair pada 3 Disember nanti untuk bersama-sama dalam acara meet & greet untuk mempromosikan novel-novel terbaru mereka, Mangsa Cinta, Aku Berdosa, Rohbot: Kebangkitan Kuasa Hantu dan Rohbot: Serangan Hantu Liar.

Aman Wan dan Rashiela Nurain

Aman Wan yang terkenal sebagai vlogger yang mempunyai pengikut melebihi 18 ribu di youtube juga merupakan seorang penulis novel dan komik yang berbakat. Dua buah karya terbaru beliau dalam siri Rohbot merupakan buku bergenre nomik. Iaitu gabungan novel dan komik.

Aman Wan

(gambar: Aman Wan - kanan)

Siri Lawak Sekolah yang dihasilkan oleh Aman Wan sebelum ini antara karya yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pelajar sekolah sehingga sekarang. Setakat ini, siri Lawak Sekolah sudah mempunyai 5 buah buku komik.

Aman Wan bermula dengan menghasilkan karya komik, kemudian mencuba pengalaman baru dengan menulis dua buah novel seram, Lembaga Kerusi Belakang dan Korban Kerusi Biru.

Rashiela Nurain

Rashiela Nurain yang juga berasal daripada Sabah sudah menghasilkan 8 buah novel setakat ini, sejak kemunculan beliau dalam industri novel remaja di negara ini pada 2015. Beliau memasukkan pengalaman korea dalam beberapa buah novelnya, Aku Mahu Seoul Mate, Aku Mahu Seoul Vivor dan Aku Mahu Seoul Sister.

Beliau mempunyai banyak pengalaman di Korea dalam beberapa siri lawatannya ke sana sebelum menjengah ke dalam dunia penulis novel remaja. Beliau sebelum ini merupakan editor buku di PTS yang menguruskan terjemahan buku-buku korea ke dalam bahasa Melayu.

Selain Aman dan Rashiela Nurain, penulis lain seperti Ahmad Patria dan Dali Fazuri, penulis novel siri Kronika Nashan dan penterjemah novel gothik karya Mary Shelley- Frankenstein akan turut bersama-sama di Times Bookfair itu nanti pada 2 & 3 Disember 2017.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024