Buku

Kejayaan dari Dalam

oleh Ainon Mohd

RM 23.00 / RM 26.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: -

Muka Surat: 218

Saiz: 9x6x0.4

Tarikh Terbit: 31 Dec 2004

Sains sudah membuktikan individu yang berjaya mempunyai ciri psikologi yang berbeza daripada mereka yang kurang berjaya. Kenali diri sendiri sama ada kita tergolong sebagai orang yang berjaya ataupun sebaliknya.

Kejayaan kerjaya, profesion dan kehidupan bergantung kepada dua jenis faktor, yakni faktor dalaman dan faktor luaran. Antara kedua-duanya, faktor dalaman memainkan peranan yang lebih besar menentukan kejayaan. Apa yang dikatakan faktor dalaman adalah ciri-ciri psikologi seseorang. Namun, bagi kebanyakan orang mereka menyangka faktor-faktor luaran amat kritikal ke atas kejayaan.

Buku ini ditulis bagi menerangkan jenis-jenis faktor dalaman yang amat penting pengaruhnya ke atas kejayaan. Mudah-mudahan dengan cara penerangan yang dituliskan dalam bahasa mudah ini pembaca mendapat gambaran jelas tentang ciri-ciri psikologi yang perlu dikembangkan dalam diri seseorang sebagai persediaan bagi mencapai kejayaan.

Bahan-bahan dalam buku ini sudah diterangkan dalam buku-buku saya yang lebih awal, tetapi dalam buku ini bahan-bahan itu diolah semula bagi memudahkan lagi kefahaman, khususnya bagi pembaca yang tidak datang daripada bidang psikologi.

Buku ini ditujukan kepada: Pembaca individu yang mahu meningkatkan lagi prestasi kejayaan mereka sekarang. Guru-guru yang mahu meningkatkan lagi prestasi mereka sebagai pendorong kepada para pelajar. Ibu bapa yang mahu membantu anak-anak mereka berjaya, baik di sekolah apatah lagi selepas tamat persekolahan.

Mudah-mudahan penerangan yang mudah di dalam buku ini dapat membantu ketiga-tiga golongan sasaran di atas dengan lebih berkesan.

Ainon Mohd.

Daripada Pengarang

Bahagian 1 : Memahami Pengaruh Konsep Diri ke atas Jiwa
1. Jendela Johari: Siapakah Aku?
2. Cara Mengenali Diri Sendiri
3. Apa Itu yang Dikatakan Konsep Diri?
4. Konsep Diri Dapat Diubah
5. Kesan Konsep Diri ke atas Tingkah Laku
6. Kesan Konsep Diri ke atas Keyakinan Diri
7. Kesan Label ke atas Konsep Diri
8. Kesan Konsep Diri ke atas Kesihatan
9. Kesan Konsep Diri ke atas Nasib Masa Depan
10. Kesan Konsep Diri ke atas Persepsi Realiti
11. Kesan Konsep Diri ke atas Kejayaan
12. Bagaimana Konsep Diri Tercipta?
13. Kesan Kata-kata Orang Lain ke atas Konsep Diri
14. Konsep Diri Hasil Perbandingan dengan Orang Lain
15. Konsep Diri Hasil Penilaian ke atas Diri Sendiri
16. Jenis-jenis Konsep Diri
17. Konsep Diri Cenderung Berkekalan
18. Berkenalan dengan Diri Sendiri

Bahagian 2 :
Memahami Pengaruh Estim ke atas Jiwa
19. Estim: Suka pada Diri Sendiri
20. Apa itu Estim?
21. Peranan Penting Estim ke atas Kejayaan
22. Estim Boleh Turun Naik
23. Kesan Estim ke atas Kejayaan
24. Kestabilan Estim
25. Kesan Harta ke atas Estim
26. Kesan Bakat dan Kebolehan ke atas Estim
27. Kesan IQ ke atas Estim
28. Kesan Ketampanan dan Kejelitaan ke atas Estim
29. Kesan Kejayaan Orang Lain ke atas Estim
30. Kesan Kuasa ke atas Estim
31. Kesan Agama ke atas Estim
32. Kesan Aktiviti Bermanfaat ke atas Estim
33. Kesan Persahabatan ke atas Estim
34. Kesan Situasi Negatif ke atas Estim
35. Kesan Membuka Diri ke atas Estim
36. Kesan Ganjaran ke atas Estim
37. Kesan Estim ke atas Cabaran
38. Kesan Estim ke atas Keyakinan Diri
39. Kesan Estim ke atas Harga Diri
40. Kesan Estim ke atas Rasa Kesepian
41. Kesan Estim ke atas Perasaan Takut
42. Kesan Estim ke atas Sikap Curiga
43. Kesan Estim ke atas Sikap Pesimistik
44. Kesan Estim ke atas Penilaian Diri
45. Kesan Estim ke atas Kegagalan
46. Kesan Estim ke atas Ketekalan Diri
47. Kesan Estim ke atas Pertahanan Diri
48. Kesan Estim ke atas Peningkatan Diri
49. Kesan Estim ke atas Motivasi Diri
50. Kesan Afektiviti Positif dan Negatif
51. Kesan Estim ke atas Gaya Bercakap
52. Kontroversi Berkenaan Strategi Meningkatkan Estim
53. Strategi Meningkatkan Keyakinan Diri

Bahagian 3 :
Memahami Pengaruh Keperluan ke atas Jiwa
54. Kesan Keperluan ke atas Tingkah Laku
55. Kesan Keperluan Fisiologi ke atas Tingkah Laku
56. Kesan Keperluan Keselamatan ke atas Tingkah Laku
57. Kesan Keperluan Sosial ke atas Tingkah Laku
58. Kesan Keperluan Estim ke atas Tingkah Laku
59. Kesan Keperluan Self-Actualisation ke atas Tingkah Laku

Bahagian 4 :
Memulakan Perubahan Diri
60. Langkah Pertama Meningkatkan Perubahan Diri
61. Anda Tidak Perlu Kelulusan Kelas Satu
62. Terima Salah Sendiri
63. Tukar Skrip Hidup Anda
64. Tangguhkan Kepuasan Hari ini
65. Tukar Orientasi Waktu Anda
66. Pantau Diri Sendiri
67. Jangan Lari daripada Masalah
68. Mengapa Harus Takut Gagal?
69. Belajar Menggunakan Gol

Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan

Psikologi Orang Berjaya

Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan...

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)

Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual (Edisi Kemas Kini)

Mendorong Diri Sendiri

Koleksi Terindah Peribahasa Melayu

Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah

Guru Sebagai Mentor

Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?

Anda Berfikir Bagaimana

Kamus Peribahasa Sekolah Menengah

Kamus Peribahasa Sekolah Rendah

Teori & Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat...

Kemahiran Interpersonal untuk Guru

Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh

Komunikasi untuk Pemimpin

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024