Buku

Maria

oleh Emine Uzqan Syenlikoghu

RM 18.00 / RM 20.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-366-96-9

Muka Surat: 354

Saiz:

Tarikh Terbit: 16 Jul 2010

Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuaannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru , Islam-Kristian-Ateis. Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Pada saat itu juga, Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya. Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup. Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya. Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi? Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya? Biodata Penulis: Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin. Biodata Penterjermah: Mohd Rofizi bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar peringkat Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi.

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024