Buku

Munajat Malam

oleh Yusni Amru Ghazali

RM 8.00 / RM 9.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5137-97-6

Muka Surat: 108

Saiz:

Tarikh Terbit: 31 Mar 2010

Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.

Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.

Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.

Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).

PENDAHULUAN

PERSIAPAN MENUJU IBADAH MALAM HINGGA FAJAR

PERSIAPAN HATI

PERSIAPAN JASMANI

  •   Jauhi Maksiat
  •   Usah Banyak Ketawa

TIDUR UNTUK BANGUN

  •   Makan Malam – Berapa Banyak?
  •   Pastikan Anda Hanya Makan Makanan yang Halal
  •   Sucikan Badan, Hati dan Jiwa Sebelum Tidur
  •   Segera Tidur Selepas Isyak
  •   Berdoa Sebelum Tidur
  •   Ikhlaskanlah Diri
  •   Paksa Diri Untuk Bangun

AMALAN SELEPAS BANGUN 

PANDUAN AMALI IBADAH MALAM HINGGA FAJAR

SOLAT IFTITAH

SOLAT TAHAJUD

CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJUD

  •   Niat -Takbiratul Ihram
  •   Iftitah
  •   Al-Fatihah
  •   Membaca Surah
  •   Rukuk
  •   Iktidal 
  •   Sujud  
  •   Duduk Antara Dua Sujud
  •   Tahiyat Awal & Tahiyat Akhir
  •   Salam
  •   Doa Solat Tahajud
  •   Zikir Solat Tahajud

SOLAT WITIR

  •   Kaedah Mengerjakan Solat Witir
  •   Qunut Witir
  •   Rakaat Solat Witir 
  •   Zikir Selepas Solat Witir
  •   Doa Selepas Solat Witir
  •   Sujud Penutup

SOLAT SUNAT SUBUH

  •   Kaedah Mengerjakan Solat sunat Subuh
  •   Surah al-Kafirun
  •   Surah al-Ikhlas
  •   Doa Selepas Solat sunat Subuh

SOLAT SUBUH

  •   Zikir Solat Subuh
  •   Doa Selepas Solat Subuh

TADARUS 

KEUTAMAAN & KELEBIHAN IBADAH MALAM HINGGA FAJAR

KEUTAMAAN SOLAT WITIR

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT SUBUH

KELEBIHAN SOLAT SUBUH

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD

PENUTUP

RUJUKAN 


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024