Buku

Negeri 5 Menara

RM 20.00 / RM 23.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3892-94-5

Muka Surat:

Saiz: 7.5x4.5x0.95

Tarikh Terbit: 11 Aug 2010

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi air biru di Danau Maninjau. Tiba-tiba dia perlu melintasi selatan Sumatera menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu Alif menjadi Buya Hamka tetapi dia mahu menjadi Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut permintaan ibunya, belajar di pondok.

Pada hari pertama di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan ‘mantera’ sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Disatukan akibat hukuman tidak menepati masa di asrama, Alif bersahabat dengan Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso. Di bawah menara masjid, mereka menunggu Maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Pesan dari Masa Silam

Keputusan Setengah Hati

Rapat Tikus

(dan banyak lagi…)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024