Buku

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4

oleh HAMKA

RM 25.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-964-5

Muka Surat: 400

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 14 Feb 2017

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlil (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan teliti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

1) Pendahuluan

2) Surah Ali-Imran

- Makanan yang Haram Bagi Bani Israel

- Mengetuk Hati Nurani Ahli Kitab

- Kepentingan Dakwah

- Peralatan untuk Dakwah

- Berpecah Sesudah Mendapat Keterangan

- Yang Sebaik-Baik Umat

- Tali Allah dan Tali Insan

- Kaum Muslimin Terlalu Jujur

- Perbandingan antara Kekalahan di Perang Uhud dan Kemenangan di Perang Badar

- Lanjutan Peristiwa Uhud

- Jangan Menyesali Ajal

- Syura Sebagai Sendi Masyarakat Islam

- Korupsi

- Hamraul Asad

- Badar yang Kedua

- Saringan Waktu atau Seleksi

- Janji Ahli-Ahli Pengetahuan

- Ingin Pujian Atas Usaha Orang Lain

3) Surah An-Nisaa’ (Perempuan-Perempuan)

- Pendahuluan

- Perihal Gundik

- Rasulullah S.A.W. dengan Isteri-Isteri Beliau

- Mahar (mas kahwin)

- Penyerahan Di Hadapan Saksi

- Ketentuan Warisan

- Pemberian Pengubat Hati

- Wasiat Yang Tegas

- Memakan Harta Anak Yatim

- Pembahagian Harta Waris (Faraidh)

- Bahagian Untuk Ibu Dan Bapa

- Bahagian Suami Atau Isteri

- Kalalah

- Kerana Hubungan Pernikahan

4) Bibloigrafi

Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 26

Tafsir Surah As-Syu’ara’ dan Juzuk 19

Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22

Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9

Tafsir Surah Al-A’raf dan Juzuk 8

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18

Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14

Tafsir Surah Al-Ankabut dan Juzuk 20

Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25

Tafsir Surah As-Saff, Al-Jumu’ah, At-Talaq dan Juzuk 28

Tafsir Surah Al-Anbiyaa’ dan Juzuk 17

Tafsir Surah At-Taubah dan Juzuk 10

Tafsir Surah Maryam dan Juzuk 16

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13

Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ayahku

Tuan Direktur

Di Bawah Lindungan Ka’bah

SOALAN 1

Adakah tafsir Al-Azhar terbitan PTS mempunyai kelulusan KDN ataupun Jakim?

Pihak PTS sudah menghantar keseluruhan set Tafsir Al-Azhar ke Bahagian semakan Teks Al-Quran KDN untuk semakan dan pengesahan sebelum ia diterbitkan secara sepenuhnya.

Daripada mesyuarat yang dijalankan dalam kalangan pegawai Bahagian Semakan teks Al-Quran KDN, keputusannya menyatakan bahawa buku berbentuk tafsir belum lagi memerlukan kelulusan Bahagian Semakan Teks Al-Quran KDN.

Apatah lagi tafsir yang diterbitkan oleh PTS sekadar 1 juzuk bagi setiap buku dan Tafsir Al-Azhar adalah salah satu tafsir nusantara yang cukup dikenali dan diperakui.


SOALAN 2

Apakah perbezaan antara Tafsir Al-Azhar terbitan PTS dengan Tafsir al-Azhar yang diterbitkan sebelum ini?

Tafsir al-Azhar terbitan PTS dibuat dalam edisi mengikut juzuk yang mana Tafsir Al-Azhar edisi lama ataupun yang semasa tetapi diterbitkan oleh penerbit lain di Indonesia diterbitkan mengikut jilid.

Selain daripada itu, tafsir Al-Azhar terbitan PTS tidak sepenuhnya menggunakan Bahasa asal tetapi dibuat sedikit penyesuaian istilah terutamanya istilah-istilah yang membawa maksud berbeza ataupun negatif di antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu. Contohnya istilah ‘gampang’ yang membawa maksud ‘senang’ ataupun ‘mudah’ tetapi mempunyai makna yang negatif jika dikekalkan bagi pembaca Malaysia.


SOALAN 3

Adakah Tafsir Al-Azhar terbitan PTS adalah terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam bahasa Indonesia?

Tafsir Al-Azhar terbitan PTS bukan berbentuk terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam Bahasa Indonesia. Sebaliknya ia adalah edisi yang dibuat penyesuaian istilah sahaja. Buya Hamka sendiri tidak meletakkan Tafsir Al-Azhar sebagai tafsir Quran dalam Bahasa Indonesia sahaja tetapi ia sesuai adalah Bahasa Indonesia Moden yang sesuai dengan Bahasa Melayu.

Buya Hamka menyatakan dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 29,

“Oleh kerana itu, kami terjemahkan dan kita tafsirkan Al-Quran ini ke dalam Bahasa Indonesia Moden yang sedang berkembang, dengan berpegang kepada pendapat Abu Hanifah tadi, iaitu untuk membimbing orang yang tidak tahu Bahasa Arab, tetapi ingin mengentahui isi Al-Quran dan kita peringatkan bahawa ini adalah terjemahan.”

Buya Hamka menyatakan lagi dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 30,

“dan sekarang kita terjemahkan tiap-tiap ayat Quran yang 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat ini ke dalam Bahasa Indonesia atau Melayu dan di samping terjemahan, penulis ini mencantumkan bunyi ayat aslinya dengan huruf arabnya.”


SOALAN 4

Jika saya dapati kesilapan ataupun kesalahan cetakan sama ada berbentuk ejaan ataupun teks, bagaimana boleh saya berikan maklum balas kepada PTS sebagai penerbit?

Sekiranya pihak pembaca menemui sebarang kesilapan dan kesalahan dalam Tafsir Al-Azhar terbitan PTS, boleh emelkan maklumat kesilapan yang dikenal pasti itu ke [email protected].

Mohon sertakan juga gambar (sekiranya dapat) untuk rujukan pihak penerbit.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024