Buku

Tunas Super: Puteri Berlian

oleh Khaleda Irdina

RM 10.00 / RM 11.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-481-002-3

Muka Surat: 152

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 3 May 2017

Kategori:

Puteri Berlian disayangi oleh seluruh rakyat Kerajaan Bermuda kerana perwatakan dan keistimewaan yang dimilikinya. Namun, dua orang kakandanya, iaitu Puteri Nilam dan Puteri Rubi berdendam dengannya kerana bagi mereka, dialah penyebab bonda mereka meninggal dunia. Tambahan lagi, kelunakan suara Puteri Berlian ketika bersyair menarik perhatian putera Kerajaan Berantah, iaitu Putera Fuzo.

Kemuncaknya, Puteri Berlian dihalau dari istana ketika ayahanda mereka mengadakan lawatan ke negara lain. Puteri Berlian dituduh menderhakai raja.

Namun, Puteri Berlian yang ditemani oleh kucing kesayangannya, iaitu Gebu diselamatkan oleh Nenek Melur di hutan.

Siapakah Nenek Melur yang sebenarnya? Apa pula kesudahan kisah antara Puteri Berlian dengan Putera Fuzo? Berjayakah Puteri Berlian kembali ke pangkuan ayahandanya serta Kerajaan Bermuda?

Bab 1 Kelahiran yang Dinanti

Bab 2 Keistimewaan Si Puteri Bongsu

Bab 3 Kemerduan Suara Berlian Bersyair

Bab 4 Kebijaksaan Puteri Diraja Terserlah

Bab 5 Keputusan Raja yang Muktamad

Bab 6 Muslihat Puteri Nilam dan Puteri Rubi

Bab 7 Rahsia Almari Nenek Melur

Bab 8 Pengakhiran Puteri Nilam

Bab 9 Syarat Permaisuri Hati Putera Fuzo

bab 10 Kasih Berpaut Kembali

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024