Ebook

Hidangan Lengkap Sehari : Khamis

oleh Chef Hussin Khan

RM 5.50
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 978-967-411-167-0

Tarikh Terbit: 8 Aug 2014

Chef Hussin Khan adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang. Cintanya pada dunia masakan mendorong beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Makanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak kelahiran Bruas, Perak ini pernah menjadi tukang masak di beberapa hotel terkemuka di Malaysia dan pernah berkhidmat di Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam.

Finalis program realiti masakan ‘Maggi Mencari Bintang’ di TV 3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Terbaru beliau memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium. Beliau turut dipanggil untuk menjadi chef jemputan dan pengadil pertandingan memasak di seluruh Malaysia.

Buku Hidangan Lengkap Sehari ini merangkumi hidangan dari sarapan pagi hingga makan malam. Setiap resipi dalam buku ini diasingkan mengikut kesesuaian hari. Pembaca disarankan mendapatkan kesemua buku dalam siri ini bagi memberi idea menghasilkan masakan mengikut hari dari hari sibuk hingga hari santai.

Sekiranya anda tercari-cari apa yang mahu dimasak pada hari Khamis, milikilah buku istimewa ini!

Sarapan Pagi & Minum Petang
Penjan Sri Perak
Roti Jala Pisang Berkaramel
Pulut Mangga Dewa Dewi
Donut Aneka Warna
Gulab Jamun
Cekodok Pisang

Pembuka Selera
Salad Pasta Ayam Bersitrus
Salad Buah di dalam Sirap Teh Jasmin
Roti Bakar Tuna Bermayones
Tortila Sosej Ayam dan Daging
Peria Sumbat
Kerabu Jantung Pisang Bersambal

Makan Tengah Hari & Malam
Ketam Masak Lemak Cili Api
Tomyam Ketam
Betik Muda Rebus
Dada Ayam Goreng Bersos Cendawan
Nasi Dalca dan Jagung Mysore
Sambal Bilis Petai
Sotong Bakar Bersos Percik

Salad & Buah
Salad Lobak Merah Berkismis
Salad Kiwi Bersitrus
Salad Kentang Mayones
Salad Mangga dan Betik Muda

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024