Penulis

Adha_Ameera_1

Adha Ameera

Penulis ini bermula sebagai salah seorang penulis bagi siri ‘Kisah Si Puteri’, bersama empat penulis lain. Dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, namun beliau sekeluarga menetap di Kajang hingga sekarang. Merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa UiTM Shah Alam, dan melanjutkan pengajian ijazah dalam jurusan Penerbitan di universiti yang sama, menjadi satu bonus bagi beliau demi menggilap pengalaman dalam industri ilmu ini. Beliau mensasarkan kanak-kanak dan awal remaja sebagai pembaca, dan akan mencuba pelbagai tema yang dekat di hati pembaca, yang penuh dengan mesej positif dan memberi motivasi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024