Penulis

Pic_Anthony_Robbins

Anthony Robbins

Anthony Robbin dikenali sebagai seorang pakar motivasi, pelatih, dan pembicara dengan bayaran termahal di dunia. Ramai yang mengatakan bahawa beliau merupakan pembicara, pelatih, dan pakar motivasi terbesar abad ini. Anthony Robbin dengan nama asalnya Anthony J.Mahavorick dilahirkan pada tanggal 29 Februari 1960 di wilayah California, Amerika Syarikat.

Sebelum berjaya sebagai pakar motivasi terkenal, ramai yang tidak menyangka beliau dahulunya ialah seorang pencuci tandas. Setelah mengikuti seminar Jim Rohn, beliau mengaplikasikan ilmu tersebut dalam pekerjaannya sebagai seorang jurujual. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, beliau kemudian berhasil menjadi seorang jurujual dengan pendapatan sebesar 10,000 Dollar sebulan.

Kejayaan tersebut kemudian mengubah nasibnya. Beliau mula mempromosikan seminar Jim Rohn dan menjadikan Jim Rohn sebagai mentor atau gurunya. Anthony Robbin bekerja dengan Jim Rohn selama empat tahun dari umur 18 tahun hingga 22 tahun. Setelah itu, beliau kemudiannya menjadi pengajar dalam program NLP (Neuro Linguistic Program) yang mana John Grinder merupakan Co-Founder NLP.

Anthony Robbins kemudian berhasil mengembangkan NLP melalui metodenya sendiri yang kemudian dikenali dengan nama Neuro-Associative Conditioning (NAC). Kejayaan seminar-seminar yang dikendalikannya menjadikan beliau motivator yang paling mahal di dunia dengan kadar bayaran sehingga satu juta dollar setiap seminar.

Banyak juga buku yang beliau ditulis menjadi bestseller antarabangsa dan berkonsepkan motivasi. PTS Publishing House juga turut menterjemahkan dua karya bestseller beliau yang bertajuk Unlimited Power dan Awaken The Giant Within.

Sumber foto:https://www.google.com/imgres?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024