Penulis

Dato’ Dr. Haron Din

Dato’ Dr. Harun Din memiliki Sijil Tertinggi Kolej Islam Klang (1965). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Degree Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968) selepas memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan. Dalam tempoh tidak sampai dua tahun beliau berjaya memperoleh dua ijazah serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Beliau memperoleh Ph.D Syariah dengan cemerlang daripada Universiti Darul-Ulum Kaherah (1972-1974).

Dato’ Dr. Haron Din adalah ikon agama Islam di Malaysia. Beliau terkenal sebagai tokoh agama yang memperkenalkan cara rawatan Islam di Malaysia melalui organisasi rawatannya, Darul Syifa’. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai tokoh agama yang prolifik dalam bidang penulisan. Sehingga ke hari ini, beliau berjaya menghasilkan puluhan karya dan karya-karya beliau itu masih menjadi rujukan umat Islam seluruh Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024