Penulis

12004712_1187043627978690_7762086277073293156_n

Dr. Muhammad Widus Sempo

Dr. Muhammad Widus Sempo, M.A. lahir di Maccini, Soppeng, Sulawesi Selatan, pada 18 Julai 1981.

Pendidikan:

Dr. Muhammad Widus Sempo mendapat pendidikan awal di Madrasah Aliyah Darud Dakwah wal Irsyad (DDI) Pattojo pada tahun 1999.

Kemudian, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin dalam jurusan tafsir dan ilmu-ilmu Al-Quran pada tahun 2003/2004.

Di universiti yang sama, iaitu Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin dalam jurusan tafsir dan ilmu-ilmu Al-Quran pada tahun 2009/2010, beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana dengan tesis bertahuk, Respon Al-Quran terhadap Ijtihad Rasul s.a.w. (Perspektif Usul Fiqh dan Tafsir).

Beberapa tahun selepas itu, Dr. Muhammad Widus Sempo meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah di universiti dan jurusan yang sama, iaitu pada tahun 2013 dengan disertasi bertajuk, Pengaruh Sistematika Struktur Al-Quran terhadap Tafsir Abu Suud Al-Imadi (w982H) (daripada Awal Surah Al-Maidah sehingga Akhir Surah Al-Anam).

Dr. Muhammad Widus Sempo mempunyai beberapa karya dan hasil penulisan. Antaranya, Dalam Dakapan Al-Quran dan Muhammad s.a.w., Sang Fenomena. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh Penerbit Mizan, Jakarta.

Semenjak bulan Mar 2014, Dr. Muhammad Widus Sempo mula menjawat jawatan sebagai pensyarah (foreigner lecturer) di Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan.

Dr. Muhammad Widus Sempo dapat dihubungi melalui alamat-alamat berikut:

Facebook: fayyadh muhammmad widus

Twitter: Muhammad widus

E-mail: [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024