Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza Helmi adalah bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Beliau yang mulanya terkenal dalam bidang nyanyian, kemudian menceburkan diri dalam pelbagai bidang termasuk lakonan dan juga motivasi. Beliau sekarang terkenal sebagai tokoh muda yang menjuarai isu Syria dan Palestin.