Penulis

Mohd Khairi Ismail

Mohd Khairi bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena beliau sebagai Khairi Ismail adalah graduan jurusan Bahasa Arab dan Fiqh Al-Islami, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan ini dilahirkan pada 14 Februari 1991. Beliau adalah anak keenam daripada 10 adik-beradik.Khairi Ismail menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lalang Pepuyu dan seterusnya menyambung pendidikan peringkat menengah di Maahad Al-Sabirin, Jeli, Kelantan. Beliau seorang pelajar tokoh ketika berada di bangku sekolah rendah dan menengah. Beliau kini sedang menghabiskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Di universiti, beliau amat meminati bidang penulisan dan juga aktif berpersatuan. Pernah memangku jawatan sebagai Presiden Kolej Kediaman juga Presiden Pelajar Jurusan Bahasa Arab. Untuk sepanjang tempoh penglibatannya dalam bidang penulisan, beliau berjaya menghasilkan dua buah buku berjudul Mutiara Al-Quran dan Nota Perkahwinan Buat Anakanda yang kedua-duanya sudah diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd.E-mel: [email protected]: KhairiIsmail/facebook

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024