Penulis

Nik Mohd Rosdi bin Nik Ahmad

dilahirkan pada 14 Februari 1960 di Jerantut, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal daripada keluarganya. Bondanya guru al-Qur’an dan ayahandanya seorang guru agama. Berjaya menamatkan pengajian al-Qur’an dalam usia 7 tahun. Mempelajari tafsir, hadith, nahu, fiqh dan sirah daripada ayahandanya sehingga usia 12 tahun. Pada tahun 1972, beliau berkesempatan belajar secara formal di Sekolah Menengah Agama, Tanjung Besar, Kuala Lipis. Kemudian menyambung di Sekolah Menengah Agama Dong Raub (1973-1978) dan selanjutnya di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang (1979-1980). Tahun 1981 beliau ditawarkan belajar di Jabatan al-Qur’an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi. Pada tahun 1986 menyambung lagi dalam bidang Sarjana Islam (dakwah al-Anbiya’) di Jabatan yang sama. Pada tahun 1998, beliau mendapat tawaran biasiswa UiTM untuk program Doktor Falsafah dalam bidang pemikiran Islam semasa dan di anugerahi ijazah berkenaan pada pada tahun 2003. Penglibatan dengan UiTM bermula pada tahun 1986 sebagai tutor sementara. Pada tahun 1989 beliau ditawarkan sebagai sebagai pensyarah tetap di UiTM, Shah Alam. Pernah berkhidmat di UiTM Pahang (1991-2002) dan selanjutnya pindah semula di Shah Alam. Antara hasil penulisan beliau ialah; Kenalilah al-Islam jilid 1&2 1996 dan 1997, penulis bersama Mutiara Keluarga Bahagia 1998, Penulis bersama Modul Perhubungan Etnik, Kementerian Pendidikan Malaysia 2006, Penulis Bersama buku Masyarakat Islam Hadhari dan Catatan Ringkas Perbincangan Mengenai Tamadun 2006, 2007.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024