Penulis

Tony Soon

Tony Soon menghadapi pembentangan pertamanya apabila beliau mengambil kelas asas komunikasi sewaktu menjadi mahasiswa di Universiti Kansas pada awal 80-an.

Apa yang beliau perhatikan dan pelajari daripada para profesornya semasa menuntut dalam tahun pertama dan kedua begitu menambat hati beliau dan membuatkannya terpesona sehinggakan beliau bertindak sendiri mempelajari teknik-teknik membuat pembentangan. Pengajian beliau di Amerika Syarikat memberikannya asas yang kukuh dalam pelbagai teknik berucap. Beliau membuat kemunculan di hadapan berbagai-bagai jenis audiens dengan menggunakan mikrofon serta alat bantu visual multimedia seperti software PowerPoint.

Setelah pulang ke Malaysia, beliau meneruskan kerjaya dengan jayanya dalam sektor pendidikan dan komersial. Beliau memperoleh banyak pendedahan dalam penulisan ucapan, penganjuran forum awam dan forum tertutup seperti seminar dan persidangan, selain daripada menyampaikan ceramah.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun membuat pembentangan dalam seting korporat, bilik darjah dan sebagai penceramah jemputan. Selama bertahun-tahun, Tony melatih dan memberi bimbingan khusus kepada ramai pengurus dan staf dari latar belakang berbeza dan dari pelbagai industri di Johor Bahru, tempat asalnya.

Sehingga ke hari ini, Tony masih terus belajar menghalusi teknik mengendalikan pembentangan meskipun beliau sudah menyampaikan ceramah yang tidak terkira banyaknya sebagai pensyarah di universiti dan kolej, sebagai jurucakap bagi kumpulan politik serta organisasi kerajaan, dan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya sendiri, TCS Business Centre.

Pengarang ini adalah perancang kewangan bertauliah dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Ekonomi dan Sarjana Sains dalam bidang Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia (Leicester, U.K.).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024