Adiba Imani Salsabila binti Amna dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Penulis cilik ini merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama. Pada waktu lapang, beliau gemar melukis dan membaca. Apabila dewasa nanti, beliau bercita-cita mahu menjadi seorang saintis.