Penulis

58055_470012009821_578204821_5755409_753680_n

Azzah AR

Azzah AR atau nama penuhnya Azzah Abdul Rahman, dilahirkan pada tahun 1979 di sebuah rumah di Taman Anggerik, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kemudian mendewasa dan menimba pengalaman hidup di merata pelusuk negara. Memiliki kelulusan akademik Sarjana Muda Komunikasi Multimedia daripada Open University Malaysia. Sejak tahun 2007, beliau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang latihan iaitu Digital Apprentice Management Services, HERO Edutaining Services dan Kedai Buku Bacha. Selain itu, beliau juga mengasaskan aktiviti kesukarelawanan berkaitan buku iaitu Baca@Komuter dan Baca@Sekolah. Dalam bidang penulisan, antara karya yang sudah diterbitkan adalah Pilih Jangan Tak Pilih, Celoreng Biru, dan Kesatria Ajaib: Kuasa Lobak Kecil, selain menjadi penulis artikel dalam MajalahNiaga.Com. Shamsiah Fakeh adalah karya pertama beliau bersama PTS Litera Utama. Berinteraksi dengan beliau di Facebook: Azzah ‘Izzat’ AR.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024