Penulis

MERAH

Da’i Afiqah

Da’i Afiqah atau nama sebenarnya Nur Afiqah bt. Mahmud adalah pelajar semester akhir dalam program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Telah mendapat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SMA Arab Annajah, Baling, Kedah dan bercita-cita mahu menjadi seorang kaunselor yang berjiwa Da’i.

Da’i Afiqah adalah Naib Juara, Program Da’I Pendakwah Nusantara TV 3 Musim ke-5 (2017) selain amat aktif dalam program motivator muda peringkat Universiti Awam sehingga dinobat sebagai pemenang tempat ke-3 Pertandingan Motivator Muda IPTA Peringkat Kebangsaan

Anak muda yang berasal dari Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah ini begitu aktif dalam program kemanusiaan dan sukarela sehingga telah terpilih menyertai program Global Islamic Students Outreach di Jogjakarta, Indonesia pada tahun 2017. Atas penglibatan aktif di peringkat daerah, kebangsaan dan serantau, beliau telah dianugerahkan Anugerah Ikon Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Peringkat Daerah Baling, Kedah.

Sering di jemput sebagai penceramah dan pembimbing seperti dalam program Jelajah Aqidah dan Sahsiah Sekolah-Sekolah, program Jelajah Dakwah anjuran YADIM, serta lain-lain institusi seperti Jabatan Kerajaan, Swasta, Masjid, Surau, Sekolah-sekolah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) selain menjadi tetamu dan hos program di televisen dan radio.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024