David L. Hancock

David Hancock adalah pembimbing pemasaran gerila bertauliah dan pengasas Morgan James Publishing. Dalam tahun 2008 beliau diiktiraf oleh NASDAQ sebagai salah seorang pemimpin bisnes tersohor di dunia. Beliau juga finalis kategori Pengerusi Terbaik dalam Anugerah Bisnes America 2006. Dialu-alukan sebagai “oskar kepunyaan dunia bisnes” oleh New York Post.

David terpilih bagi majalah Fast Company “Fast 50” dalam tahun 2006 bagi kepimpinannya, pemikiran kreatif, pencapaiannya yang penting, dan kesan hebat ke atas industri dalam masa 10 tahun akan datang. David sudah merevolusikan penerbitan buku dari sudut pandangan pengarang. Model “Penerbitan ala usahawannya” memperkaya bukan sahaja pengarang, bahkan firma penerbitan sendiri.

David aktif bekerja bersama penulis bukan sahaja bagi membantu mereka memaksimumkan hasil daripada royalti buku, tetapi juga membina bisnes baru seterusnya meningkatkan hasil dengan banyak melalui jualan kepada pembaca mereka. Salah satu nilai teras David adalah menjalin hubungan yang kukuh dan saling mendatangkan faedah. “Kami menghabiskan masa bertahun-tahun membangunkan hubungan perniagaan penting yang bertanggungjawab atas kejayaan buku-buku bagi mendapat tempat di kedai-kedai buku serta pendedahan Internet yang meluas. Kami bermaksud meneruskan hubungan positif sedemikian dengan semua golongan dalam semua aspek bisnes. Kami menganggap ini satu kelebihan strategik.”

David adalah pengasas Universiti Penulis Usahawan dan Anugerah Ethan, satu-satunya anugerah keusahawanan antarabangsa merangkumi semua penulis bisnes. David juga menjadi lembaga penasihat Yayasan Mark Victor Hansen dan lembaga eksekutif Habitat for Humanity Peninsula. Beliau mengarang terlalu banyak buku antaranya The Entrepreneurial Author, Guerrilla Marketing for Writers, Guerrilla Marketing for Mortgage Brokers, dan The Secrets of Master Marketing.

David dan isteri Susan tinggal di Hampton Roads, Virginia, dengan dua anak mereka, iaitu Morgan Renee dan Ethan James. David boleh dihubungi di:

Morgan James Publishing,

1225 Franklin Avenue, Suite 325, Garden City, NY 11530

Internet: Twitter.com/DavidHancock , FaceBook.com/DHancock