Penulis

ea30e03ae7a0b8f0b43f3210L_V192647862_SX200_

Douglas Thompson

Douglas Thompson telah mengarang lebih daripada 20 buah buku. Beliau adalah penulis biografi, penyiar, dan wartawan antarabangsa. Beliau banyak menyumbang penulisan kepada akhbar-akbar dan majalah utama di seluruh dunia. Buku-buku beliau diterbitkan dalam pelbagai bahasa, termasuklah Madonna, Clint Eastwood, Michelle Pfeiffer, Dudley Moore, John Travolta, Nicholas Cage, dan Leonardo diCaprio.

Buku beliau berjudul The Hustlers, tentang kumpulan samseng dan aktiviti perjudian pada tahun 1960-an di London, sedang dibangunkan untuk menjadi filem and subjek dokumentari Channel 4. Antara kejayaan terbaru beliau adalah buku Shadowland, tentang mafia Amerika di London dan Mafia Princess, yang sedang diadaptasi menjadi filem.

Douglas Thompson membahagikan masa beliau dengan berada di perkampungan Inggeris zaman pertengahan dan California, di mana beliau ditugaskan sebagai koresponden asing di Fleet Streer dan kolumnis, selama lebih 20 tahun.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024