Penulis

Gus Ariffin

Agus Arifin atau lebih popular dengan panggilan Gus Arifin dilahirkan pada 11 Ogos 1969 di Mojokerto, Jawa Timur. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Institut Teknologi 10 November (ITS) Surabaya - Teknik Kimia (1992).

Sepanjang masa kuliah di Surabaya (1987–1992), beliau belajar dengan beberapa orang Kyai di Surabaya, Gresik, Sidoarjo dan Tulung Agung secara datang di pondok pada waktu malam sahaja. Guru-Guru beliau antara lainnya ialah Kyai Abdul Djalil Mustaqim (almaghfurlah) - Pondok PETA Tulung Agung), Kyai Ahmad (Cak Mad) Sidosermo Wonokromo, KH. A. Thoyyib (Abah Thoyyib—almaghfurlah), Lebani Gresik dan juga Kyai Najmuddin - Perning Jetis Mojokerto (yang tidak lain merupakan Pakde beliau sendiri).

Kecintaan mempelajari kitab-kitab klasik dalam pelbagai disiplin ilmu, seperti Fikah, Tauhid, Akhlak, sejarah dan lain-lainnya, membuatkan beliau bersungguh-sungguh mengumpulkan ribuan kitab dalam bentuk “digital” bahkan Ustaz Jameel (dari Pondok Pesantren Daarul Quran/Wisatahati) menggelarkan beliau dengan gelaran “Kiai Digital”. Antara buku karangan beliau adalah Membuka Pintu Rahmat dengan Zikir Munajat, Membuka Pintu Rahmat dengan Membaca Al-Quran, Peta Perjalanan ibadah Haji, Penuntun Praktis Solat, Sudah Benarkah Solat Kita?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024