Intan Nurfarhana

Intan Nurfarhana dilahirkan di Hospital Selayang pada 30 September 2002. Penulis cilik ini merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Pada masa terluang, beliau akan meluangkan masa dengan melakukan aktiviti seperti membaca, menulis, ataupun bersiar-siar. Cita-cita penulis cilik ini pula adalah ingin menjadi saintis selain menanam impian untuk menjadi novelis terkenal.