Jeniri Amir

Pensyarah Program Kajian Komunikasi di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Kini beliau sedang menyiapkan tesis berkenaan media dan politik di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Beliau mengajar kursus Penulisan Rencana Berkesan di UNIMAS dan untuk sektor awam dan swasta.

En Jeniri Amir berasal dari Kota Samarahan, Sarawak.

Pengalaman Kerja: 1982 - 1985 : Guru 1985 - 1990 : Nazir Sekolah 1991 - 1993 : Pengetua 1994 - 1998 : Editor Utusan Sarawak 1994 - 1999 : Cuti Belajar (M.A.) 2000 - hingga kini : Pensyarah UNIMAS

Pendidikan: B.A. (Hons) USM : Sejarah, Pendidikan M.A. UKM : Sastera

Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD (Komunikasi, Kewartawanan, Media) di UM

Anugerah yang diperolehi: Penulis Prolifik Sarawak (1993) Hadiah Sastera Kebangsaan (1995) Hadiah Penghargaan Penulis (1993, 1999, 2001-2003) Hadiah Pertama Penulisan Esei (1983-2003) Anugerah Khas Buku Negera “Penulis Paling Prolifik” (2005)

Telah menulis lebih 50 buah buku dalam bidang komunikasi, media, sastera dan pendidikan.