Penulis

Mohd Rosmizi Abd Rahman

Mohd Rosmizi bin Abdul Rahman adalah anak kepada Abdul Rahman bin Ibrahim dan Saibah binti Amit. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik-beradik. Beliau berasal dari daerah Tumpat, Kelantan. Dilahirkan pada 24 April 1980 di Kampung Geting, Pengkalan Kubor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Genting, Tumpat. Pada tahun 1993, beliau meneruskan alam persekolahannya di Sekolah Menengah Agama Arab Meheliah, Genting. Tumpat. Beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Di sini, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Perbandingan Agama. Di sini juga beliau mula mengenali dan menceburi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pelbagai agama. Beliau pernah dilantik menjadi direktor program lawatan sambil belajar ke kuil-kuil pelbagai agama seperti Hindu, Budha, Kristian, dan Sikh pada tahun 2003 dan 2004.

Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan program. Beliau juga banyak memegang pelbagai jawatan dalam pelbagai pertubuhan. Pada penghujung tahun 2004, beliau telah menyambung pengajiannya ke peringkat Master dalam pengkhususan Ilmu Perbandingan Agama. Sekarang, beliau bekerja sebagai pembantu penyelidik di Fakulti Ilmu Wahyu. Selain itu, beliau juga bekerja sebagai tutor sambilan di Unit Pembangunan Pelajar (Student Learning Enhancement Unit) di Universiti Islam Antarabangsa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024