Muhamad Abdul Kadir Sahak

Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak berasal dari Perak Darul Ridzwan. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Syariah di Kolej Dar Al-Hikmah Kajang, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Madinah Antarabangsa (MEDIU). Sekarang, beliau sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang kajian Akidah di Universiti Utara Malaysia (UUM).Antara karya beliau yang diterbitkan dalam beberapa majalah adalah Majalah I terbitan Karangkraf, Majalah Cahaya, JAKIM, dan Majalah DIAN dalam tajuk yang pelbagai seperti Hindari Pertembungan yang Merugikan, Apakah Insan Dapat Mengetahui Perkara Ghaib, Syurga Menantimu dengan Berbuat Baik kepada Kedua-Dua Ibu-Bapa, Hukum Memakai Gelang Tangan untuk Berubat, Al-Azhar Berlepas Diri daripada Kumpulan Ahbash, dan Hak Suami Isteri: Suami Dilebihkan Isteri Dikurangkan? Penulis sudah menghasilkan beberapa buah buku seperti Menyuluh Keraguan dengan Istikharah, Terbitan Al-Hikmah Sdn. Bhd, Risalah Kelahiran, terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis, Antara Sunnah dan Bid’ah (buku terjemahan), terbitan Perniagaan Jahabersa, di samping beberapa skrip buku dalam pelbagai tajuk yang akan diterbitkan. Beliau kini adalah pegawai di Jabatan Mufti Negeri Perlis dan aktif berdakwah melalui kuliah-kuliah agama di masjid-masjid serata Perlis dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. Beliau juga menjadi penceramah dalam slot Al-Hadith di Stesen Radio Perlis FM. Penulisan beliau yang lain boleh diikuti di laman sesawang, http://bin-sahak.blogspot.com/