Penulis

Muhammad Ikhram Fadhly Hussin

Muhamad Ikhram Fadhly Hussin dilahirkan di Binjai, Kota Bharu Kelantan pada 16 Mei 1980. Mula terlibat dengan penulisan selepas melanjutkan pelajaran di UKM pada tahun 2000 dalam bidang Persuratan Melayu dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian.

Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penolong editor di Bahagian Teori dan Kritikan Sastera (2003-2004) dan Bahagian Kesusasteraan Tradisional pada tahun 2005 sehingga kini. Bidang penulisan-esei kritikan dan puisi. Karya-karya tersiar dalam antologi puisi Sebening Sinar: Malam Apresiasi Puisi Ramadan 2005/1426H, Sahabat Sejati: Jaafar Abdul Rahim (2006), Manuskrip Luka Bangsa (2006), antologi esei Idealisme Penulis Muda (2005), Sastera Kebangsaan: Isu dan Cabaran (2006), Siri Prosiding Seminar Pemikiran Sasterawan Negara (SN.) S. Othman Kelantan (2004), SN. Keris Mas (2005) dan SN. Usman Awang (2006) dan di media-media tempatan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024