Penulis

Nasha Rodziadi Khaw

Nasha Rodziadi Khaw dilahirkan di Taiping pada 11 Januari 1985, dan dibesarkan di Butterworth. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, kemudian Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pada tahun 2004, beliau telah melanjutkan pengajian beliau di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Kimia dan minor dalam Arkeologi. Atas minat pada bidang arkeologi dan Sejarah, beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang Arkeo-Sejarah di universiti yang sama. Kini, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di University of Peshawar dalam bidang Epigrafi dan Bahasa Sanskrit di bawah tajaan Universiti Sains Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024