Penulis

Norlela Zubir

Puan Norlela Zubir berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Southern Illinois University, USA dan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau sudah menghasilkan dua buah buku bertajuk Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya dan 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia terbitan PTS Professional & Publishing Sdn. Bhd.

Pada tahun 1989, Puan Norlela mengambil alih bisnes ayahnya, Industri Kawat Zubir H Yusoff Sdn. Bhd. dan menerajui syarikat perkilangan itu selama 12 tahun. Industri Kawat Zubir adalah pengeluar berbagai jenis alatan memagar seperti pagar rangkai Chainlink, kawat duri Iowa, kawat duri High Tensile dan asesori pagar lain.

Pengalaman Puan Norlela dalam pengurusan bisnes keluarga termasuk membangun sistem kualiti ISO9002, meneroka pasaran eksport dan melalui era kemelesetan ekonomi pada akhir tahun 1990-an.

Mulai tahun 2001 sehingga kini Puan Norlela mengurus syarikat milik beliau sendiri, Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. bersama suaminya. Syarikat mereka mengendali dua aktiviti bisnes utama:

1. Khidmat latihan dan konsultansi bagi bisnes kecil dan sederhana.

2. Kerja-kerja kejuruteraan awam khususnya pakej memasang pagar untuk

lapangan terbang, kem tentera, ladang ternakan dan pertanian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024